|
|
| Saturday, 12-Dec-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy 1st Anniversary!!!!
|
|
Hari ni genap setahun kami berkahwin hehehe baru blajo gune picasa..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Nov-2009 10:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lamanya tak hapdet wa nyer FP
|
|
Ahaks!! disebabkan kebizian ku yg tak terkawal.. dh bersawang2 giler FP aku.. ni aku masukkan entry masak-memasak yg dh lama aku masak.. huhuhu.. sbg ganti entry yg tertunggak begitu lamanya.. Tiap2 minggu aku try resepi lain2 satu persatu agar suamiku kenyang dan tak boring.. hehehe
Butter Prawn
Bahan-bahan:
10 ekor udang sederhana besar
5 biji telur
1 sudu rempah kari
3 senduk besar mentega
1/2 tin susu cair
garam lada sulah
Cara-cara:
1. Bersihkan udang.
2 Cairkan mentega. Sementara tunggu mentega panas, tuang susu perlahan-lahan dan kacau sampai pekat.
3. Gaul udang dgn rempah kari, garam dan lada sulah. Kemudian masukkan telur yg dipukul.
4. Apabila mentega panas, masukkan kesemua udang. Pastikan api 3 1/4 panas. Kaut dan sentiasa kacau.
5. Masak sampai udang merah dan telur jd helaian. Masukkan daun kari.
Ikan Siakap Goreng 3 Rasa
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
sedikit tepung jagung
garam
5 biji cili merah-dikisar
2 ulas bawang-dikisar
3 ulas bawang merah-dikisar
2 sudu besar sos tiram
garam & gula
1 biji limau nipis
Cara-cara:
1. Ikan siakap dilumur dengan garam dan kemudian golek2 atas tepung jagung.
2. Masukkan ikan ke dalam minyak yg betul2 panas.
3. setelah masak, ketepikan.
4. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit sahaja utk menumis
5. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
6. Masukkan sos tiram garam dan gula.
7. Sesudah masak, tutup api. Kemudian perahkan sedikit limau nipis.
8. Curahkan ke atas ikan siakap td.
Ayam Pandan
Bahan-bahan:
150g isi ayam
30g bawang putih-dikisar
30g bawang merah-dikisar
20g halia-dikisar
10g kunyit-dikisar
5 biji cili padi/merah (ikut kepedasan)-dikisar
2 sudu besar sos ikan
150g gula
5g garam
10 helai daun pandan
lidi
Cara-cara:
1. Perap ayam dgn bahan2 kisar, sos ikan, gula dan garam. Masukkan dlm peti ais selama setengah jam.
2. Amik daun pandan, buat poket seperti ketupat palas. Masukkan isi ayam dan ikat kemas2. Buat sampai hbs.
3. Panaskan minyak, goreng ayam pandan sehingga masak.
Ketam Goreng Pedas
Bahan-bahan:
2 ekor ketam (dilumur dgn garam & kunyit)
2 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
7 biji cili kering - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1/2 tangkai daun kari
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam & gula
minyak
Cara-cara:
1. Goreng ketam 3/4 masak.
2. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau dan pecah minyak. kemudian masukkan daun kari.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit air.. masak sampai kua pekat.
4. Kemudian, masukkan ketam yang digoreng sehingga ketam bersalut.
5. Tutup api dan sedia dimakan.
Masak Lemak Pucuk Paku
Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku
10 biji cili padi-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
2 ulas bawang merah-ditumbuk
santan pekat
air
garam
ikan bilis
Cara-cara:
1. Panaskan bahan2 ditumbuk dan ikan bilis sehingga medidih.
2. Kemudian masukkan pucuk paku dan santan pekat.
3. Apabila hampir masak, perasakan dgn garam.
Rendang Daging Selatan
Bahan-bahan:
300g daging
200g bawang besar-dikisar
50g halia-dikisar
30g bawang putih-dikisar
50g serai-dikisar
20g jintan manis-digoreng tanpa minyak
20g jintan putih-digoreng tanpa minyak
40g ketumbar-digoreng tanpa minyak
3 sudu besar cili kisar
100g kerisik
250ml santan pekat
20ml air asam jawa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
3. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar ditumbuk halus dan digaul bersama daging.
4. Masukan daging dan air. Biarkan hingga daging lembut.
5. Apabila daging telah lembut, masukkan santan dan biarkan mendidih.
6. Apabila kuah pekat masukkan kerisik.
7. Perasakan denga garam dan air asam jawa. Biarkan hingga kuah pekat.
8. Sedia dihidang.
Roti Jala & Kari Daging
Bahan-bahan:
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/4 cawan minyak
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
acuan roti jala,
Cara-cara:
1.Blend semua bahan-bahan untuk membuat roti jala. Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata.
2.Tapis adunan tadi.
3.Panaskan pan, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
4.Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan.
5.Ulang langkah2 tadi hingga habis adunan. Mostly dapat dalam 20-25 keping, bergantung kepada adunan. Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air.
Ketupat Sotong versi mak aku
ketupat sotong nie lain sket dr yg biasa kite tgk.. kami tak suka ketupat manis.. so ketuat sotong nie rasa lebih kurang ketupat palas.. tp lg sedapla sbb ada rasa sotong..
Bahan-bahan:
sotong sederhana besar
pulut
santan
garam
daun pandan
Cara-cara:
1. Bersikan sotong, toskan airnya.
2. Masukkan separuh badan sotong dgn pulut. Cucuk hujungnya dgn lidi.
3. Masukkan dlm periuk. Tuang santan, garam dan dau pandan yg disimpul.
4. Masak smpai pulut masak i.e sotong jd gemuk.. ahahah
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 21-Nov-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pelbagai Jenis Nasi
|
|
Lately aku suka lak masak pelbagai jenis nasi.. asik2 nasi putih je, boring gak kan.. so, kt sini dicompile nasi2 yg penah aku masak sklai dgn lauknye... layannnn
Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan ( 6 orang )
Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
1/2 sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1/2 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa
Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sehelai daun pandan
garam
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Cara-cara
Ayam penyet
[1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap. Masukkan dalam peti sejuk.
3.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Sambal ayam penyet
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Nasi ayam penyet
9.Masukkan beras yg dah ditoskan, bawang putih halia & daun pandan.
10. Masukkan air rebusan ayam dan garam dan masak macam biasa.
NasiJagung+Ayam Masak Madu
Nasi Jagung
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
#kisar bahan yg bertanda *
Cara-cara
1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
Ayam Masak Madu
Bahan-bahan ( 6 orang )
6 ketul ayam - sederhana besar
1 cm halia - dikisar
1/2 biji bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
8 biji cili kering - dikisar
3-4 sudu besar tomato puree
8 sudu besar madu
*bahan tumis - 2cm kulit kayu manis dan 4 bunga lawang
Cara-cara
1. Ayam digoreng hingga masak.
2. Tumis bahan tumis , masukkan serai, bawang besar, bawang putih, cili kering..hingga naik baunya.
3. Masukkan sos cili, kacau..dan madu , kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi. Angkat dan hidangkan.
Nasi Beriyani+Dalca Sayur dan Daging
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Nov-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gila wat kek..
|
|
Akhir2 nie aku gila wat kek.. ni tempek 3 jenis kek dulu.. kek sarang semut aku malu nk tempek sbb xbersarang sgt.. huhuhu..
Kek Marble Trio
Kek Coklat Moist
Kek Coklat Blueberry
|
|
|
|
|
|
| Monday, 16-Nov-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sunday Drive to Serendah Waterfall
|
|
WPC menganjurkan Sunday Drive ke Air Terjun Serendah.. Perghhh lama tak gi picnic mmg excited gila makcik.. air terjun tu plak airnye sejuk.. nk plak geng2 yg dtg wat BBQ.. itu yg macik suka tu..
Pose istimewa dari my love.. Encemnyerrr... hubby sapa la tu..?? heheheh
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-Oct-2009 03:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wanita...
|
|
Ini adalah lagu dato' siti nurhaliza.. tp, aku bknlah fan ct nurhaliza.. (tlg ye suamiku, diulang.. i'm not a fan of siti nurhaliza k.. ) tp lps dgr lagu ni dlm rancangan "Jangan Lupa Lirik" rasa mcm nk post lagu nie..
Lagu nie merupakan luahan hatiku untukmu... Suamiku..
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Haaaa... Ku wanita...
Haaaa... Ku wanita...
Yang hanya perlu kau fahami
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini
Wanita... ooo...
Ku wanita... hoouuu...
Wanita...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-Oct-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Almond Chocolate Chips & Kuching Laksa
|
|
Sesaje try resepi org lain plak.. lagi2 kes mengubat lara hati mkn laksa shacks aritu!! huh!! Kebetulan weekend lepas, mak dan ayah dtg melawat kami selain menghadiri kenduri anak sepupu di Rawang. Mlmnya sume org dh kenyang. So, just msk makanan lain utk isi perut selain nasi.
Kuching Laksa a.k.a Laksa Sarawak
Sumber: Mesra.net
Bahan-Bahan:
Bahan A
Bee hoon (1 bungkus- direbus)
Rempah Laksa Sarawak 150g
2 liter air (seelok-eloknya air yg sudah dimasak)
Stok ayam
Santan dari sebiji kelapa
Isi ayam (direbus dgn air garam & dicarik kecil-kecil)
Udang (direbus dgn air garam)
Telur dadar (dihiris kecil-kecil)
Tauge (dicelur)
Daun sup (dihiris kecil-kecil)
Daun bawang (dihiris kecil-kecil)
Garam
Serbuk Perasa
Limau Kasturi
Bahan B (Sambal)
15 biji cili
2 inci belacan
Gula
Garam secukupnya
Cara:
Rebus rempah laksa sarawak bersama air sehingga mendidih dan naik bau. Setelah mendidih, tapiskan rempah ke dalam bekas yang berasingan untuk mengasingkan hampas rempah dari kuahnya. Masak sekali lagi bersama stok ayam maggi/kiub pati ayam maggi. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
Masukkan bee hoon yang sudah direbus bersama hirisan telur dadar, isi ayam, daun bawang, daun sup, tauge, sambal cili dan limau kasturi ke dalam magkuk. Tambahkan kuah laksa secukupnya.
Biskut nie plak... Sesaje wat utk kudap2 smbil tgk tv... lgpn masih dlm mood raya lagik!!!
Almond Chocolate Chips
100g mentega
75g gula perang
1 biji telur
160g tepung gandum
100g almond hancur
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh emplex
1/2 sudu teh esen vanilla
60g semi sweet chocolate chips coklat
60g semi sweet chocolate chips putih
Cara-cara:
1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
2. Pukul pula telur dan esen vanilla hingga kembang dan cmpurkan ke dlm adunan td. Gaul rata.
3. Ayak tepung, baking powder & emplex 2 kali.
4. Masukkan tepung yg telah diayak td sedikit demi sedikit hingga hbs.. kacau sebati.
5. Masukkan almond hancur dan chocolate chips ke dlm adunan.
6. Kaup adunan menggunakan sudu ke atas baking paper.
7. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 160 celcius.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Oct-2009 14:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Entry Lama.. Saja nk letak.. WPC @ Kuala Gandah, Pahang
|
|
Sedikit Maklumat tentang Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah
Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan mamalia yang besar ini serta pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan dengan bantuan seorang mahout, atau pemandu gajah.
Pelawat yang berani dan menginginkan pengalaman yang berlainan pula berpeluang menunggang gajah ke sungai dan memandikannya! Tidak ada tempat lain di mana anda boleh mendekati haiwan mamalia yang besar ini seperti ini.
Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar - atau Elephus Maximus - yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.
Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dalam harmoni.
Tips
Pusat ini dibuka setiap hari mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Aktiviti di sini bermula dari pukul 2 petang hingga 3.45 petang. Pastikan anda memakai seluar panjang ketika menunggang gajah kerana kulitnya yang kasar.
Sticker ni kalo nk tunggang & mandi dgn gajah
Tunggang Gajah..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Sep-2009 02:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Belated Birthday Amirah..
|
|
22 September yg lps, genap setahun usia anak buahku yg comel.. sori ye Amirah, auntie kt johor.. xdpt nk smbut birthday amirah..
On her 1st birthday..
with her mother.. 3rd raya celebration
Cutie Amirah@ Baling, Kedah
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Sep-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Laksa Johor pulak...
|
|
Buat laksa johor nie bkn apa.. hari raya ketiga yg lps gi mkn Laksa Shacks kt Kluang Mal.. Aduhai la.. kecewa sgt2 mkn kt situ.. aku order laksa s'wak, suamiku order laksa lemak singapore. laksa s'wak kt laksa shacks nie mmg pelik.. bersepah timun!! yelah, setahu aku takde timun.. aku tnya cik Aien.. dia kata sepanjang 22 tahun dia hidup, tak penah lg mkn laksa s'wak ada timun.. sbl mkn, aku korek2 cari taugeh tak jupe, telur dadar & udang lg la tak ado.. yg ada ayam 2 slice (mcm ikan dori rasanya) & fish cakes.. aku mmg tak puas hati, tambahan lg harganya rm9.90 blom masuk tax.. aku mkn kat s'wak aritu baru rm4.50 siap ada udang lg..
Laksa Johor...
Resipi Laksa Johor (Sumber : Myresipi)
1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
udang basah 100gm
isi ikan kurau - 20 gram dibakar
1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
**Bahan B (dimesin)**
bawang besar - 3 biji
cili kering - 15 tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang diketuk
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
bawang putih -3/4 ulas
**Bahan Hias**
limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus
tauge buang ekor (segar)
lobak asin(dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
Kicap kipas udang / kicap manis
** Sambal Belacan
-lada merah 5/6 biji
-Belacan melaka - 30 gram dibakar
Bawang Merah 1 biji kecil
Cara-cara rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
**Penyediaan kuah**
Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
masukkan asam keping
tambah garam dan gula untuk rasa
masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
**Sambal belacan**
mesinkan semua bahan dan hidangkan
|
|
|
|